NOTA

Perlis


Perlis berasal dari perkataan siam iaitu “Phrau Loi” yang bermaksud kelapa hanyut. Gelaran ini diberi oleh orang siam yang menggunakan laluan kuala sungai Perlis untuk pergi ke Kedah. Kelapa hanyut banyak dijumpai di kuala sungai Perlis. Sebutan ini lama-kelamaan bertukar menjadi “Perleh” mengikut loghat tempatan. Selain itu, asal nama Perlis juga dikaitkan dengan seorang tokoh iaitu Tok Perlis


Kedah



Kedah mengikut rujukan catatan arab dan parsi ialah "Kilah", "Kalah" atau "Qalha". Dalam tulisan sanskrit Kedah dicatatkan sebagai "Kataha" atau "Kadara", sementara dalam naskah tamil ianya dikenali sebagai "Kadaram" atau "Kalaram". Menurut Wilkinson, nama negeri ini berasal dari perkataan "Kheddah" yang beerti perangkap Gajah, tetapi ada juga yang mengatakan Kedah adalah bermaksud "Gelas berkaki" dalam bahasa arab, ianya bersempena dengan perniagaan pedagang arab yang menjual gelas berkaki pada masa itu. 

Pulau Pinang



Pulau Pinang pada awalnya dikenali sebagai Pulau Ka Satu. Seorang pelayar bernama Ragam menamakan sedemikian kerana inilah satu-satunya pulau besar yang terasing ditemui beliau sewaktu berulang-alik berdagang dari Lingga ke Kedah. Nama Pulau Ka Satu terus digunakan sehinggalah kedatangan British pada tahun 1786. Pokok pinang mula ditanam di pulau ini selepas kedatangan British, nama pulau ini ditukar kepada Pulau Pinang. Penduduk di Seberang Perai lebih mengenali Pulau Pinang dengan nama Tanjong Penaga sempena nama pokok penaga yang tumbuh di sekitar tapak Fort Cornwallis. 

Perak



Berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari ‘kilatan ikan dalam air’ yang berkilau seperti perak. Ada juga yang mengaitkannya dengan sejenis logam iaitu perak.

No comments:

Post a Comment